Back to Recipe Print

Recipe for "Kentang Goreng Berempah"


Tips

Rebus kentang yg telah dipotong 4 selama 5 minit sblm ditabur serbuk kari dan dan garam bg mempercepatkan proses menggoreng dan menjadikan isi kentang masak sekata.
Tak rebus pun takpe asalkan masa dan api sms menggoreng adalah optimum.

Ingredients

Kentang 5 biji
Serbuk Kari 1 sudu besar
Garam Halus Secukup rasa
Serbuk Lada Sulah Secukup rasa
Minyak Masak (Untuk Menggoreng) Secukupnya

Instructions

1

Kentang
- Jika tdk mahu dibuang kulitnya, basuh kentang sehingga bersih. Kemudian potong 4.
- Jika mahu dibuang kulitnya, basuh kentang slps dibuang kulit. Kemudian potong 4.

2

Taburkan serbuk kari dan garam pada kentang dan gaul rata.

3

Panaskan minyak di kuali untuk menggoreng.
Goreng kentang sehingga kekuningan.
Gunakan api sederhana supaya isi kentang masak sekata.

4

Angkat kentang yg telah masak.
Taburkan sedikit serbuk lada sulah di atas kentang.
Bolehlah dihidangkan bersama sos atau mayonis
SELAMAT MENCUBA!