Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Kastard"


Tips

Selepas masak tapis kastard untuk mendapatkan texture yang lebih lembut

Ingredients

Bahan Puding Roti
Telur 4 biji
Roti 6 keping
Gula 3 sudu makan
Susu Cair 1 tin
Serbuk Kayu Manis 1 sudu teh
Esen Vanilla 1 susu teh
Mantega Cair 3 sudu makan
Bahan Sos Kastard
Susu Cair 1 tin
Gula 2 sudu makan
Tepung Kastard 2 sudu makan

Instructions

1

Panaskan oven 170 darjah. Sapukan sedikit mantega dalam acuan pembakar.

2

Potong roti kepada 4 keping dan susun roti dalam acuan pembakar.

3

Cairkan mantega dan tuang rata di atas roti.

4

Campur telur, susu cair, gula, esen vanila, serbuk kayu manis dan kacau sebati.

5

Tuang dalam acuan dan pastikan roti dimampatkan. masukkan acuan dalam oven selama 30 minit.

6

Masak susu cair, tepung kastad dan gula dalam kuali.

7

Sejukkan sos kastad mengikut suhu bilik. Tuang di atas puding setelah puding masak.