Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Bom Bijan"


Tips

Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah:
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jangan menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jangan dibiarkan pada suhu bilik.

Ingredients

Bijan 50-60 gram
Tepung Pulut 200-240 gram
Tepung Gandum 1 sudu besar
Air Kapur 1 sudu kecil
Air 190-200ml
Garam Sedikit
Gula Melaka/gula Merah 60 gram
Gula Pasir 20 gram
Air 50 ml
Kelapa Parut 1/2 biji

Instructions

1

Untuk membuat inti kelapa, jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut . Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut

2

Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering

3

Untuk membuat doh , dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam

4

Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh

5

Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula

6

Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat

7

Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan dan siap untuk dimakan