Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Caramel"


Tips

Gula untuk puding boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut kesukaan rase manis.

Ingredients

Puding
Telur 5 biji
Susu Segar / Full Milk Cream 500 ml
Gula 3 sudu besar
Asen Vanila 1 sudu kecil
Gula Caramel
Gula 5 sudu besar
Air 3 udu besar

Instructions

1

Mula2, sediakan gula karamel. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. Kacau sentiasa sehingga gula cair dan bertukar menjadi perang. Kemudian kecilkan api dan curahkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula karamel tidak hangus. Kacau rata sehingga gula sebati.

2

Seterusnya sapu rata mentega pada permukaan acuan dan curahkan gula karamel tadi ke dalam acuan.

3

Sementara itu, sediakan bancuhan puding. Panaskan susu segar dan gula di atas api kecil. Sentiasa kacau supaya gula mudah larut dan susu tidak mendidih.

4

Masukkan telur ke dalam bekas lain dan campurkan dengan asen vanila. Pukul sehingga sebati dan tidak terlalu kembang. Campurkan bancuhan susu dengan telur dan kacau hingga sebati. Tuangkan campuran tadi ke dalam acuan caramel telah disediakan.

5

Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Kemudian biarkan sejuk dan terbalikkan ke atas pinggan hidangan. Puding caramel sangat sedap dinikmati sekiranya baru dikeluarkan dari peti sejuk. Selamat mencuba :)