Back to Recipe Print

Recipe for "Kupang Masak Lemak Cili Padi"


Tips

Letakkan sedikit hirisan daun kunyit di akhir masakan untuk membangkitkan lebih aroma yang enak.

Ingredients

Kupang 2 kilogram
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Putih 4 ulas
Cili Padi (Kampung) 10 biji
Halia 1 1/2 inchi
Serai 1 batang
Santan 1 kotak kecil
Air (Optional) 1/2 cawan
Minyak Masak (Untuk Menumis) 2 sudu besar
Daun Kunyit (Dihiris) (Optional) 1/2 helai
Garam Secukup rasa
Ajinomoto Secukup rasa

Instructions

1

Basuh kupang sehingga bersih dan toskan airnya.

2

Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
Manakala serai dan halia diketuk sahaja.

3

Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bahan2 yg dikisar dan diketuk tadi sehingga naik bau. Letakkan garam dan ajinomoto.

4

Masukkan kupang yang telah ditoskan tadi. Kacau / gaul kupang dengan bahan2 tumisan tadi sehingga mesra. Kecilkan sedikit api dan tutup periuk selama 5 minit.

5

Setelah 5 minit kupang telah masak dan mengeluarkan air. Masukkan santan dan gaul rata. Biarkan kuah mendidih sedikit dan lihat jika kuah santan masih pekat tambahkan sedikit air.

6

Setelah kuah mendidih uji rasa kuah. Masukkan hirisan daun kunyit (jika suka) dan gaulkan. Tutup periuk dan biarkan selama 1 minit sblm api dimatikan.
SELAMAT MENCUBA!