Back to Recipe Print

Recipe for "Butter Chicken (Basah)"


Tips

1. butter sudah memberi rasa masin. oleh yang demikian, haruslah berhati-hati ketika menambah garam. Rasa dahulu sebelum masukan garam
2. cili api adalah terpulang kepada individu yg mahu kepedasan. tidak letak pun x ada masalah
3. daun kari benar2 penting untuk menaikan bau dan selera. bagi saya tanpa daun kari masakan ini tidak sempurna
4. Jika ingin ayam butter kering, jangan sesekali menambah air

Ingredients

Ayam 700 gram
Serbuk Kari Ayam 2 sudu besar
Butter 2 sudu besar
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 3 ulas
Cili Api 4 tangkai
Cendawan Butang 1 tin
Susu Sejat - Cair 1 tin
Garam 1 sudu teh
Aji No Moto 1/2 sudu teh
Daun Kari 30 helai atau 2 tangkai sederhana
Tepung Jagung 1 sudu besar
Tepung Gandum 1 sudu besar
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Cuci ayam dan potong kecil-kecil. setiap 1lebih kurang 3 inci lebar. ayam yg dah di cuci mesti di tos kan

2

Perap ayam sambil sediakan bahan lain

3

Hiris bawang besar dan racik bawang putih, manakala daun kari haruslah d cuci sahaja. cendawan pula selepas di cuci, hiris halus-halus

4

Gaulkan tepung jagung dan tepung gandum. kemudian panaskan minyak. ayam yang di perap tadi bolehlah di gaul bersama tepung yg telah dicampur dan goreng dengan menggunakan api yg sederhana

5

Angkat ayam setelah kekuningan dan ketepikan dahulu

6

Dengan menggunakan kuali yg berasingan, panaskan butter sehingga cair. (butter bertindak sebagai minyak) kemudian tumis cili api. bawang besar, bawang putih dan daun kari.

7

Setelah naik bau dan bawang kekuning, masukan cendawan yg telah dihiris dan gaul seketika. kemudian masukkan susu sejat dan air serta gaul sebati

8

Setelah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng. gaul dan masukkan garam dan aji no moto. setelah mendidih, makanan sedia di hidangkan.