Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Campur Sayur Masak Kicap"


Tips

Masak kena ikhlas dan relaks sahaja.

Ingredients

Sotong 5 ekor
Kacang Panjang 1 ikat
Lobak Merah 1 batang
Ikan Bilis 1 cubit
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Cili Padi 3 batang
Kicap 1 mangkuk
Gula 1 sudu kecil

Instructions

1

Bersihkan sotong dan potong sotong kepada lima bahagian

2

Potong kacang panjang dan lobak merah ikut citarasa anda

3

Tumbukkan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi tadi

4

Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau

5

Kemudian, masukkan sotong dan gaul sehingga masak

6

Masukkan 1 mangkuk kicap, sedikit air dan gula

7

Akhir sekali masukkan lobak merah dan kemudian selepas 5 minit masukkan kacang panjang.

8

Selepas 5 minit, tutup api dan hidangan siap dihidangkan