Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Bebola Ayam"


Tips

Bebola ayam itu ikut citasa sendiri.kalau tak nak letak cili padi pun x apa.letak jintan putih pun boleh.

Ingredients

Isi Ayam (Bahagian Dada) * 4 ketul
Bawang Putih * 1 ulas
Bawang Besar * 1/2 labu
Cili Padi * 2 batang
Garam * Secukup rasa.
Serbuk Ketumbar 1 sudu besar
Air Secukupnya
Susu Cair 1/3 cawan
Garam Secukup rasa.
Bawang Putih Mesin 1/2 sudu besar
Bawang Merah Mesin 1 sudu besar
Halia Mesin 1/2 sudu kecil
Cili Mesin (Cili Kering) 1 1/2 sudu besar (ikut kepedasan yang anda mahu)
Bawang Merah Hiris 1/2 labu

Instructions

1

Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga sebati dan ayam itu hancur.Kemudian gentelkan isi ayam tadi ke bentuk bulat dan gorengkan sampai kemerahan.

2

Dalam kuali,panaskan minyak,dan tumis bawang merah sehingga kemerahan,masukkan cili mesin,halia mesin,bawang putih dan bawang merah mesin.

3

Kacau sehingga naik minyak,masukkan serbuk ketumbar dan sedikit air. Sebatikan dan tunggu sampai naik minyak.

4

Masukkan susu cair,garam dan bebola ayam yang dibuat tadi. Sebatikan dan biarkan ia sehingga mendidih.

5

Tutup api dan sedia dihidang.