Back to Recipe Print

Recipe for "Lontong"


Tips

Sesetengah orang akan melebihkan bahan yang mereka suka dlm masakan, bagi lontong, elakkan menggunakan terlalu byk sengkuang kerana sengkuang boleh menyebabkan kuah lodeh menjadi cair.

Ingredients

Nasi Impit
Ketupat Mini 18 mini pack
Bahan Perencah
Bawang Merah 6 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Ikan Bilis Segenggam
Halia 1/2 inchi
Lengkuas 1/2 inchi
Serai 1 batang
Serbuk Kunyit 1/2 sudu teh
Garam Secukup rasa
Serbuk Perasa/ Ajinomoto Secukup rasa
Bahan Isi Kuah Lodeh
Kobis 1/2 biji saiz sederhana
Kacang Panjang 7 urat
Lobak Merah 1 batang
Sengkuang 1/4 biji saiz sederhana
Tempe 2 keping
Tauhu 2 keping
Fucuk / Tahu Kering 3 keping yg panjang
Soh Hoon 1/2 cekak
Santan 2 kotak kecil atau 1000ml santan segar
Air (Jika Menggunakan Santan Segera/ Kotak Secukupnya untuk mencairkan santan.
Bahan Sampingan
Minyak Masak Untuk Menumis 2 sudu besar
Telur Rebus (Hard Boiled) 3 biji (dikupas dan dibelah dua)
Sambal Tumis / Kuah Kacang Secukupnya

Instructions

1

Ketupat mini direbus terlebih dahulu.
Ketupat memerlukan masa yg panjang untuk direbus, lebih kurang 90 minit. Oleh itu digalakkan disediakan lebih awal. Contoh jika lontong disediakan untuk sarapan sebaiknya ketupat direbus pd mlm sebelumnya.
Sila rujuk pakej ketupat untuk arahan merebusnya.

2

Fucuk / Tahu Kering dan Soh Hoon direndam dalam air lebih kurang 5 minit untuk melembutkannya. Setelah lembut potong / gunting Tahu Kering dan Soh Hoon kepada saiz yg lebih kecil.
Tauhu digoreng sebentar supaya tdk mudah hancur, kemudian dipotong 8.
Kobis dihiris setebal 1cm.
Kacang panjang dihiris halus menyerong.
Lobak merah dan sengkuang dipotong memanjang sebesar batang mancis.
Tempe dipotong serong.

3

Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis dibasuh bersih kemudian dikisar.
Manakala halia, lengkuas dan serai diketuk shj.

4

Panaskan minyak dalam periuk.
Tumiskan bahan2 perencah yg dikisar dan diketuk tadi.
Letak sedikit garam dan serbuk perasa/ajinomoto.
Tumis sehingga naik bau.

5

Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau dan masukkan sedikit sahaja santan dan serbuk kunyit.
Kacau sehingga kacang dan carrot agak masak.

6

Kemudian masukkan sengkuang, tempe dan sayur kobis.
Kacau sehingga agak masak.
Kemudian masukkan kesemua santan. Kacau perlahan bg mengelakkan tempe hancur.
Jika menggunakan santan segera, masukkan air secukupnya utk mencairkan kuah santan.
Kacau perlahan sehingga kuah santan mendidih.

7

Setelah mendidih, masukkan tauhu, tauhu kering dan Soh Hoon. Masak lebih kurang 2 minit sebelum api dimatikan.

Cara Menghidang

1

Ketupat mini dipotong 4 dan dimasukkan dalam mangkuk.
Tuang kuah lodeh beserta isi sayuran.
Letak telur yg telah dipotong 2 diatasnya bersama sambal tumis atau kuah kacang.
SELAMAT MENCUBA!