Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Seri Muka Pulut Hitam"


Tips

Untuk memudahkan proses kukus cepat pulut hitam harus direndam semalaman

Ingredients

Beras Pulut Hitam 2 cawan
Santan 5 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Gula Pasir 2 cawan

Instructions

1

Kukus pulut hitam dengan 2 cawan santan. Jika pulut agak mentah tambah air sedikit untuk lembutkan beras pulut tadi

2

Selepas masak pulut hitam, angkat dan padatkan pulut tadi hingga mampat

3

Bancuh tepung gandum, santan dan gula pasir. Tapis atau blend saja kesemuanya supaya tidak berketul-ketul

4

Campurkan air pandan yang telah dikisar dan ditapis

5

Kemudian masukkan bancuhan tepung tadi kedalam loyang pulut hitam dan masak lagi