Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Kerabu Bunga Telang"


Tips

Nak sedap boleh makan nasi kerabu dgn telur asin dan solok lada.

Ingredients

Bunga Telang 1 mangkuk
Air 3.5 cawan
Beras Basmathi 2 cawan
Daun Pandan - Disimpul 3 helai
Santan (A) 1.5 cawan
Serai - Diketuk (A) 1 batang
Halia - Ditumbuk (A) 1/2 cm
Cili Kisar (A) 2 sudu besar
Bawang Putih - Ditumbuk (A) 1 ulas
Bawang Merah - Ditumbuk (A) 3 ulas
Asam Gelugur (A) 1/2 keping
Garam (A) Secukupnya
Kelapa - Digoreng Tanpa Minyak Hingga Garing (B) 1 cawan
Ikan Kembung - Dibakar Tawar (B) 4 ekor
Bawang Merah (B) 4 ulas
Lada Hitam (B) 10 biji
Serai- Ambil Bahagian Tengah & Hiris Halus (B) 5 batang
Garam & Gula (B) Secukupnya
Budu (C) 1/2 cawan
Air (C) 3 sudu besar
Bawang Merah -Hiris Nipis (C) 2 ulas
Minyak Utk Menumis (C) 2 sudu besar
Kacang Panjang (D) 5 batang
Daun Serai Kayu (D) 1 ikat
Daun Kesom (D) 1 ikat
Bunga Kantan (D) 2 batang
Kobis (D) Secukupnya
Cili Api (E) 5 biji
Cili Besar Merah (E) 2 biji
Garam (E) Secukupnya
Gula (E) Secukupnya
Cuka Makan (E) 2 sudu teh

Instructions

1

Basuh beras, masukkan air dan daun pandan ke dalam rice cooker ...biarkan sehingga masak.

2

Sediakan Kuah Tumis..gunakan bahan2 (A)
~ masukkan santan, cili kisar serta bahan2 kisar (*) , asam gelugur, serai yg telah diketuk.

3

Msk ats api perlahan sehingga kuah menjadi pekat, masukkan garam secukupnya. Kacau & rasa masinnya, tak perlu letak gula sbb santan dah ada rasa manis

4

Sediakan Sambal Kelapa..bahan2 (B)
Tumbuk lada hitam, serai dan bwg merah hingga hancur, tumbuk kelapa goreng separuh hancur, tumbuk isi ikan tawar.

5

Masuk semua bahan2 (B) yg telah ditumbuk tadi, masuk sedikit garam & gula yg ditumbuk bersama..Dah siap

6

Tumis Budu..bahan2 (C)
Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga garing..masukkan budu..kacau..masukkan sedikit air..kacau hingga mendidih & angkat.

7

Untuk ulam-ulaman..bahan2 (D)
Hiris kesemua bahan (D) halus macam buat kerabu..Utk daun kesum dan Daun Serai Kayu perlu ambil daun sahaja.

8

Untuk Sambal Cili..bahan2 (E)
Masukkan semua bahan (E) kedalam blender dan kisar sekejap..jangan terlalu hancur..

9

Bahan tambahan..keropok keping dan limau kasturi (kalau nak ada rasa masam). Boleh dimakan bersama ayam bakar .