Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Trifle"


Tips

Untuk kastard,pastikan api yang digunakan itu api yang kecil. Kacau selalu agar tidak mudah berketul.

Ingredients

Jelly Perisa Strawberry (Jenama Nona) 1 paket
Air 400 ml
Susu Cair 400 ml
Gula Halus 25 gram (kurangkan jika suka kurang manis)
Tepung Kastard * 40 gram
Air * 6 sudu besar
Buah-Buahan Campuran Dalam Tin 1 tin
Kek Gulung / Bahulu Gulung 1 gulung dipotong sama tebal dan dibelah 2.

Instructions

1

Sediakan bekas kaca dan susun kepingan bahulu gulung di dalam dan tepi bekas.

2

Tapiskan buah-buhan campuran, asingkan buah dan airnya. Buah tadi ditabur ke atas lapisan kek / bahulu gulung tadi.

3

Untuk menyediakan kastard, masukkan dalam periuk gula, baki air buah di dalam tin yang di tapis tadi, susu cair. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

4

Tepung kastard dibancuh dengan 6 sudu air.Sekiranya masih sukar utk sebati tambahkan sedikit air lagi.Tuangkan ke dalam periuk.Kacau sehingga kental.

5

Kemudian tuangkan adunan kastrad tadi ke atas lapisan kek / bahulu gulung tadi. Biarkan sejuk sehingga sejam.

6

Untuk bahagian jelly, masukkan 1 paket jelly bersama 400 ml air tadi dan kacau sebati.

7

Biarkan ia mendidih,barulah tuang di atas kastard yang telah disejukkan tadi. Sejukkan dahulu dan sedia dihidang.