Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap Stim"


Tips

Kalau nak masam lebih, pakai limau nipis lebih sedap. Nak letak nenas sedikit pun boleh juga.

Untuk sos, tiada madu pun tak mengapa.

Ingredients

Ikan Siakap 1 ekor
Bahan Dihiris/potong Dadu
Cili Api 5 biji
Tomato 1 biji
Halia 3 cm
Lobak 1/2 batang
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Merah 1 biji
Daun Sup -
Daun Bawang -
Bahan Sos
Limau Nipis/kasturi 5-10 biji
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Kicap 1 sudu besar
Sos Ikan 1 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Madu 1 sudu besar

Instructions

1

Siang ikan siakap dan buang sisik sekali.

Bahan untuk dihiris/potong dadu

1

Hiriskan cili, lobak, bawang dan halia. Tomato dipotong dadu. Masukkan ke dalam mangkuk semuanya.

2

Hiriskan daun sup dan daun bawang. Letak di tepi dulu.

Bahan sos

1

Untuk buat sos, perahkan limau antara 5-10 biji bergantung pada rasa masam yang anda mahu. Pakai limau nipis lebih terangkat.

2

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan kicap, sos ikan, sos tiram dan madu.

3

Kacau sehingga sebati.

Stim ikan

1

Letakkan ikan ke dalam pinggan stim. Tuangkan sos dan juga bahan hirisan tadi. Taburkan daun bawang dan daun sup yang telah dihiris sebagai perhiasan.

2

Tutup dan stimkan ikan selama 10 minit.

3

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba :)