Back to Recipe Print

Recipe for "Pizza Tomato Cheddar (Tanpa Yeast)"


Tips

Boleh guna buttermilk base sebagai ganti susu
minyak masak lagi sedap guna minyak zaitun

Ingredients

Untuk Doh Pizza
Tepung Naik Sendiri 1 cawan
Susu Cair 1 cawan
Telur 1 biji
Garam Secubit
Gula 1 sudu besar
Minyak Masak 1/3 cawan
Bahan Topping
Keju Cheddar 1 block
Tomato Paste 1 balang / 250 g
Tomato Segar 1 - 2 biji (hiris nipis)
Herba Campuran Kering 1 - 2 sudu besar

Instructions

Untuk Membuat Doh Pizza

1

Telur, minyak dan susu disatukan dipukul sehingga agak kembang. Kemudian masukkan tepung, gula dan garam tadi dan gaul sampai tak melekit.

2

Selepas itu uli sampai lembut. Biarkan selama 30minit (tutup dengan kain lembap).

3

Panaskan oven pada suhu 200 dgree celcius selama 10 ke 15 minit. Canai doh yang disimpan tadi atas pizza pan. Kalau takde pan tu boleh guna loyang bulat.

4

Ratakan tomato paste atas doh. Taburkan sedikit gula kasar memandangkan tomato paste ni sangat masam. Taburkan dengan sedikit herba kering selepas itu.

5

Kemudian taburkan keju cheddar yang korang dah parut tu. Tabur banyak-banyak pada permukaan doh pizza tu.

6

Susun tomato segar yang korang dah hiris nipis-nipis tu.
kenapa nak kena potong nipis - nipis?! tuk elakkan doh dari macam 'shoggy'.

7

Akhir sekali tabur lagi sekali keju parut dan bakar pada suhu 200 deg cel 15min - 20min.