Back to Recipe Print

Recipe for "Popia Sayur"


Tips

pastikan inti tidak berair. jika perlu tos lebihan air selepas inti dimasak. simpan kulit popia dengan kain lembab untuk mengelakkan kulit popia kering.

Ingredients

Kulit Popia 50 keping
Carrot 2 biji
Sengkuang Sebiji
Bawang Besar 2 biji
Capsicum Hijau Setengah biji
Air Secukupnya
Tepung Gandum Secukupnya
Garam Secukup rasa
Kiub Pati Ayam Sebiji
Minyak Secukupnya
Tauhu 1 keping

Instructions

1

Sagat carrot dan sengkuang. potong bawang besar dan capsicum kecil-kecil.

2

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bawang besar hingga naik bau. Pecahkan tauhu dan goreng. pecahkan kiub ayam dan masak sekali.

3

Masukkan semua sayur dan kacau sebati. angkat inti popia.

4

Amik kulit popia dan letak satu sudu inti di penjuru popia. lipat popia.

5

Campur air dengan sedikit tepung sebagai gam kulit popia. pastikan kulit popia lembab supaya kulit tidak senang terkoyak.

6

Panaskan minyak dan goreng popia. sedia untuk dihidang.