Puding Nona | 2 paket |
Air | 800ml |
Bahan Untuk Kuah Puding | |
Susu Cair Ideal | 1 tin |
Air | 1/2 cawan |
Gula | 1/2 cawan |
Essen Vanilla | 1 sudu teh |
Buah Anggur, Strawberi, Kiwi | Siap dipotong |
Mula sediakan puding mengikut cara-cara di belakang kotak.
Kemudian tuang ke dalam loyan dan sejukan di dalam peti sejuk.
Selepas itu sediakan kuah puding.
Didihkan air dan masukkan gula, kacau sehingga larut.
Akhir sekali masukkan susu dan essen vanilla, kacau sebati dan biarkan mendidihkan seketika dan tutup api, tuangkan ke dalam mangkuk besar sejukan.
Potong puding dan tabur buah telah di potong tadi. Tuangkan kuah yang telah di sejukan tadi. Kini sedia untuk di makan.