Back to Recipe Print

Recipe for "Jeera Rice / Nasi Jintan Putih (Punjabi Rice)"


Tips

Masak atas dapur pun boleh. tapi kena rajin check agar tidak hangit. 1 cawan beras, 2 cawan air.

Ingredients

Beras Basmati (Cuci Bersih & Dan Rendam 1/2 Jam) 1 cawan
Minyak Sapi 2 sudu besar
Air Perahan Limau Nipis 1 biji
Daun Ketumbar (Dihiris Halus) 2-3 sudu besar
Garam Secukup rasa
Jintan Putih 1 sudu kecil
Lada Hitam 7-8 biji
Kayu Manis 1 batang
Air 2 cawan
Cengkih 4 biji
Buah Pelaga 1 biji

Instructions

1

Tapis air beras tadi (direndam). Ambil beras sahaja dan biarkan beras itu basah.

2

Dalam periuk nasi,masukkan minyak sapi dan biarkan minyak sapi itu cair.

3

Kemudian masukkan jintan putih,lada hitam,buah pelaga,cengkih dan kayu manis. Tumis sekejap.

4

Masukkan beras yang basah tadi dan kacau selama 2 minit. Kemudian masukkan air,garam dan sebatikan.

5

Kemudian masukkan air limau nipis dan sebatikan. tutup periuk nasi.

6

5 minit kemudian,buka tudung periuk,sebatikan (kacau) dan tutup semula nasi dan biarkan nasi masak.

7

Apabila nasi dah masak, selepas 10 minit baru buka tudung periuk.masukkan daun ketumbar tadi dan sebatikan.Sedia dihidang.