Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Ayam"


Tips

Boleh tambahkan pelbagai sayuran lain seperti bendi dan terung. Jika suka lebih pedas boleh masukkan cili merah atau cili padi ke dalam kari.

Ingredients

Ayam 1/2 ekor
* Bawang Besar 1 biji
* Bawang Putih 2 ulas
* Halia 1 inci
* Cili Merah 3 biji
Daun Kari 2 tangkai
Rempah Kari Cap '0' 1 paket kecil
Serbuk Cili 3 sudu besar
Air Untuk Campuran Rempah Secukupnya
Santan 1/2 cawan
Air 1 cawan
Asam Keping 1 keping
Garam Dan Serbuk Perasa Secukup rasa

Instructions

1

Kisarkan bahan bertanda *

2

Tumiskan bahan yang di kisar dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau

3

Gaulkan serbuk kari bersama serbuk cili. Tambahkan air sedikit hingga sebati dan menjadi pes

4

Kemudian, masukkan pes kari ke dalam kuali.

5

Tumis hingga betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit.

6

Tunggu hingga kari masak

7

Masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut

8

Masukkan santan, asam keping. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air mengikut keinginan. Perasakan kari dengan garam dan bahan perasa.

9

Tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan