Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Karamel Lapis Coklat"


Tips

1. Air gula jangan goreng terlama lama nanti hangus.

2. Penutup pengukus perlu dibalut dgn kain dari dalam supaya wap air tidak menitis atas bancuhan puding yg dikukus.

Ingredients

Susu Sejat 1 tin
Telur 6 biji
Susu Pekat Manis 3 sudu besar
Esen Vanilla 1/2 sudu teh
Serbuk Koko 2 sudu besar
Gula 1/3 cawan
Air 1/2 cawan
Air - Untuk Mengukus Secukupnya

Instructions

1

Untuk karamel ~ goreng gula hingga cair & sedikit keperangan..Masukkan air. kacau hingga ketulan gula cair biarkan mendidih sekejap.

2

Dah sejuk sedikit karamel tadi boleh masukkan masukkan ke dalam loyang.

3

Pengukus perlu dipanaskan sebelum proses menyediakan bancuhan puding.

4

Untuk Puding - pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat manis, susu sejat & esen vanilla...pukul lagi hingga sebati lebih kurang 5 minit.

5

Bancuhan puding bahagi kepada 2 bahagian:
1 bancuhan yg asal
1 bancuhan dicampur serbuk koko ~ dikacau sebati

6

Apabila pengukus sudah panas, masukkan bancuhan asal ke dalam loyang. Kukus selama 15 minit (hingga masak)

7

Kemudian masukkan pula lapisan yg koko ke atasnya
(sila gores sedikit dgn garpu lapisan bawah supaya ia melekat dgn lapisan atas nanti)

8

Kukus lagi sehingga lapisan atas masak (lebih kurang 15 minit juga)

9

Dah masak boleh la angkat dan biarkan sejuk.

10

Kemudian tekap dulang diatas loyang tadi & terbalikkan dgn cepat supaya karamel tidak meleleh @ tumpah.