Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak"


Tips

1) Jangan gunakan sebarang jenis bawang kerana bawang akan menghilangkan rasa tempoyak.

2) Jika mahu lebih kaw, tidak perlu letakkan santan cuma tambah sedikit sahaja air ketika dikisar.

Ingredients

Ikan Patin 2 ekor
Tempoyak 2 1/2 cawan
Kelapa Parut 1 biji
Cili Api Ikut selera
Daun Kesom 1 ikat
Bunga Kantan 3 kuntum

Instructions

1

Bersihkan ikan menggunakan air asam jawa.

2

Kisar kelapa parut menjadi santan perahan pertama dan perahan kedua. Asingkan.

3

Kisar tempoyak bersama cili padi dan kunyit hidup bersama santan perahan kedua.

4

Tumiskan bahan kisar, masukkan santan perahan pertama, daun kantan dan bunga kesom dan biar masak seketika.

5

Masukkan gula dan garam secukup rasa, bolehlah dimasukkan ikan dan masak dengan api sederhana sehingga ikan empuk. Boleh dihidangkan.