Back to Recipe Print

Recipe for "Tart Nenas Gulung"


Tips

Jem nenas perlu disediakan terlebih dahulu dan seelok-elok nya sehari sebelum membuat tat nenas.

Kalau rasa doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung gandum ikut kesesuaian.

Suhu oven adalah berbeza bagi setiap individu. Jangan takut untuk ubah suhu oven anda pada tahap yang bersesuian.

Ingredients

Butter 250 gram
Gula Icing 50 gram
Tepung Jagung 50 gram
Kuning Telur 2 biji
Esen Vanilla 1 sudu teh
Susu Tepung 1 sudu besar
Tepung Gandum 340 gram
Serbuk Penaik 1/2 sudu teh
Jem Nenas
Nenas (Muda) 1 biji
Gula Kastor 120 gram
Kulit Kayu Manis 1 potong
Garam Secubit

Instructions

1

Pukul sebati mentega dan gula icing. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.

2

Selepas itu masukkan tepung jagung, susu tepung, tepung gandum dan serbuk penaik.

3

Uli hingga menjadi doh. Canai adunan dan gunakan penggelek khas

4

Potong adunan bentuk persegi dan letakkan inti di tengah. Gulung kemas. Sapu kuning telur dan bakar selama 20 minit didalam oven pada suhu 160 C

Jem nenas

1

Parut nenas dan tuskan air nenas yang berlebihan. (Tuskan selama 15 minit)

2

Masukkan kesemua bahan jem kedalam periuk dan panas kan dengan api sederhana.

3

Gaul sehingga jem menjadi pekat. Dan sejukkan sebelum guna.