Back to Recipe Print

Recipe for "Crispy Cendawan"


Tips

Boleh gantikan tepung kfc dengan serbuk kari, BBQ, cheese dan lain-lain. Saya tidak menggunakan garam kerana tepung kfc sudah masin. Jangan basuh atau rendam cendawan didalam air kerana apabila digoreng cendawan tidak akan garing dengan sempurna.

Ingredients

Cendawan Tiram 1 bungkus
Tepung Kfc 1 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Telur Ayam 2-3 biji dipukul
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

1

Cendawan dibersihkan dengan tisu dapur yang telah dibasahkan dengan sedikit air.

2

Satukan tepung kfc & tepung gandum

3

Panaskan minyak.

4

(Celupkan cendawan dengan telur kemudian dengan campuran tepung.)*

5

Ulang proses (*) sekali lagi dan goreng dalam minyak panas.

6

Bila cendawan dah garing angkat dan toskan.

7

Sedia untuk dihidang.