Untuk Menyediakan Mee | |
Mee Wantan Kering | 4 keping |
Kicap Manis Abc/ Kicap Pekat Biasa | 100 ml |
Minyak Bijan | 50 ml |
Lada Sulah | 1 cmt |
Untuk Menyediakan Sup | |
Isi Ayam Bahagian Dada | 3 keping |
Rempah Sup Bunjut | 1 paket |
Daun Sup/ Daun Bawang | 1 cmb |
Bawang Goreng | 2 cmb |
Garam | Secukup rasa |
Untuk Menyediakan Ayam | |
Isi Ayam | 3 keping |
Kicap Manis Abc/kicap Pekat Biasa | 100 ml |
Serbuk Lada Hitam | 1 cmb |
Rencah Tambahan | |
Sayur Sawi / Siew Pak Choy | 4 pokok |
Tauhu Kering Berperisa | 100 g |
Didihkan air bersama sedikit minyak. Celur mee wantan, angkat dan toskan.
Siram mee wantan dengan air sejuk supaya mee wantan tidak lembik. Toskan.
Gaul mee wantan bersama kicap ABC, minyak bijan & sedikit lada sulah.
Rebus isi ayam bersama rempah sup bunjut, bawang goreng, daun sup & daun bawang. Perasakan garam.
Isi ayam yang telah direbus tadi diperap bersama kicap ABC & lada hitam selama 30 minit.
Panggang isi ayam. Hiris nipis isi ayam.
Sawi dicelur. Tauhu kering digoreng.
Letakkan mee wantan bersama rencahnya iaitu isi ayam, sawi & tauhu kering. Hidang bersama sup.
Jika mahu pedas sesuai dimakan bersama cili jeruk.