Back to Recipe Print

Recipe for "Kailan Sos Tiram Bertelur"


Tips

Limau Kasturi boleh ditukar dengan limau nipis.

Ingredients

Sayur Kailan Agak-agak untuk sekali makan
Carrot Sebatang
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Merah 1 ulas
Halia 1/2 inchi
Cili Merah Besar 1 biji
Telur Sebiji
Tepung Jagung 1 sudu besar
Sos Tiram 2 sudu besar
Limau Kasturi Sebiji
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Pati Ikan Bilis 1 sudu kecil

Instructions

1

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.

2

Masukkan carrot, goreng sebentar.

3

Selepas itu, masukkan pati ikan bilis dan sos tiram.kacau sekejap dan masukkan air secukupnya.

4

Masukkan gula, garam dan perahan limau kasturi. Perasakan secukupnya.

5

Masukkan telur, jangan kacau. Biarkan telur masak sebentar.

6

Masukkan kailan dan cili merah besar yg dipotong menyerong.

7

Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perlu sentiasa dikacau.

8

Tunggu mendidih sekejap, jangan lama-lama takut sayur menjadi layu...siap...