Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kari Nyonya"


Tips

Untuk bagi lebih sedap, sediakan paste sekali

Ingredients

Mee Kuning/mee Carrot 1/2kg
Bawang Putih (Tumbuk) 8 biji
Buah Keras (Tumbuk) 4 biji
Belacan (Tumbuk) Besar ibu jari
Serbuk Kari 1 cawan
Lada Kisar 1/2 cawan
Isi Kerang (Rebus) 1/2 kg
Taugeh 50 sen
Limau (Potong Kepala) 5 biji
Isi Ayam (Carikkan) 1 keping
Daun Kari 1 genggam kecil
Serai (Ketuk) 4 batang
Pati Santan 1 biji
Kacang Panjang (Celur) 5 batang
Isi Kupang (Rebus) 1/2 kg

Instructions

1

Tumis bahan tumbuk bersama lada kisar sehingga garing.

2

Selepas garing masukkan serbuk kari bersama daun kari,setengah cawan air dan serai.

3

Masukkan garam,ajinamoto kacau sampai menjadi paste.

4

Asingkan sedikit untuk dijadikan paste.

5

Masukkan air mengikut kepekatan masing-masing

6

Setelah mendidih masukkan pati santan dan tunggu sehingga terbit minyak.

7

Masukkan taupok dan apabila taupok dah menyerap kuah tutup api.

8

Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi.

9

Hiaskan mee tadi dengan taugeh,isi ayam,paste,isi kerang,isi kupang dan kacang panjang.