Back to Recipe Print

Recipe for "Sayur Keladi Masak Ala Utara"


Tips

Sayur keladi perlu dicelur dahulu dan ditoskan airnya sebelum dimasak untuk mengelakkan rasa gatal ketika dimakan.

Ingredients

Sayur Keladi 5 rumpun
Ikan Kembong/ikan Selayang 5 ekor
Bawang Merah 7 ulas
Belacan 1 inchi
Udang Sederhana Besar 10 ekor
Lada Hitam 1/2 sudu besar
Cili Kering 5 tangkai
Asam Keping 3 keping
Gula Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Daun Kesom Segenggam

Instructions

1

Siangkan sayur keladi dan ubinya sekali, celur dan toskan.

2

Kisar bawang merah, cili kering yang telah direbus terlebih dahulu dan belacan sehingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

3

Sementara menunggu bahan kisar mendidih, rebus ikan kembong dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan, tapis dan ambil airnya.

4

Masukkan air tulang ikan kedalam periuk beserta isi ikan yg ditumbuk hancur.

5

Selepas itu masukkan sayur keladi yang telah dicelur dan lada hitam yg ditumbuk kasar.

6

Biar mendidih sekejap. Kemudian masukkan asam keping, udang dan daun kesom.

7

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

8

Biarkan sayur mendidih. Siap untuk dihidangkan.