Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Ayam Kantan"


Tips

Boleh juga menggunakan daging.

Ingredients

Ayam 5 ketul
Serai Dihiris Bahagian Putihnya Sahaja 1 batang
Bunga Kantan Dibelah 2 Dan Dihiris 1 batang
Cili Padi Dibelah Dua 2 tangkai
Halia Kisar 1 sudu kecil
Bawang Besar Dihiris Nipis 1 labu
Bawang Putih Dihiris Nipis 1 ulas
Serbuk Pati Ayam 1 sudu besar
Minyak Masak 3 sudu besar
Air Secukupnya
Daun Sup & Daun Bawang Hiris Nipis Secukupnya untuk hiasan.
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar,bawang putih,cili padi dan halia kisar.Sebatikan sehingga bawang tadi agak kekuningan.

2

Kemudian masukkan serai,serbuk pati ayam dan bunga kantan. Kacau sebati dan biarkan 2 minit. Kemudian masukkan ayam.

3

Kacau sebati dan masukkan air dan garam.Biarkan ayam masak dan tutup api.

4

Sedia dihidangkan dan tabur daun sup dan daun bawang di atas sup tadi.