Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Tongkol Goreng Berlado"


Tips

Masak guna api perlahan untuk mengelakkan bahan kisar menjadi hangus.

Ingredients

Ikan Tongkol Yang Telah Digoreng Garing. 3 ketul
Bawang Besar 2 ulas
Bawang Putih 5 ulas
Halia 1/2 inchi
Tomato 2 biji
Cili Merah 3 biji
Cili Padi 5 biji
Serai Diketuk 1 batang
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa

Instructions

1

Kisarkan cili merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, halia dan tomato. Kisar biar kasar sedikit.

2

Tumiskan serai yang telah diketuk dan bahan kisar sehingga garing .

3

Apabila telah garing masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika.

4

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5

Selepas itu, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata.

6

Biarkan mendidih sekejap agar cili sebati dengan ikan.

7

Siap untuk dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas- panas.