Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Asam Pedas Shazreen Style"


Tips

1. Bunga kantan penting

2. Guna ayam fresh untuk mengelakkan bau hanyir ayam.

Ingredients

Chicken Parts Dalam 8 Bahagian 700 grams
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia 4 inch
Kunyit Hidup 3 inch
Serai 1 batang
Bunga Kantan 1 batang
Cili Mesin 4 sudu
Asam Jawa 2 sudu
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Kunyit Serbuk Untuk Ayam 1 sudu
Minyak Masak Agak agak
Cuka Makan 1 sudu

Instructions

1

Bersihkan ayam dan toskan biar air kering. Gaul dgn kunyit serbuk.

2

Panaskan minyak masak

3

Blend bawang besar, bawang putih, halia, kunyit.

4

Bila minyak dah panas, tumis bahan yang sudah diblend sampai wangi

5

Masukkan cili giling dan tumis lagi, perlahankan api.

6

Lepas 5 minit, masukkan ayam. Gaul2 dengan bahan tumis tadi. Api slow lagi.

7

Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam. Agak agak kalau nak kuah banyak boleh tambah lebih air. Kalau nak masam boleh tambah lagi asam jawa.

8

Hiris bunga kantan bahagian bunga tu halus halus, masukkan dalam masakan, api slow lagi.Bahagian batang bunga kantan tu, titik kan sahaja dan masukkan juga.

9

Titik serai dan masukkan juga. Boleh tunggu sampai masak.

10

Perasakan dengan garam dan gula. Tambah cuka 1 sudu tu.