Back to Recipe Print

Recipe for "Peria Katak Tumis Mudah"


Tips

Jangan masak terlalu lama jika anda masih mahu mengekalkan kerangupan dan tekstur asal peria tersebut.

Ingredients

Peria Katak 6 biji
Cili Kering 3 - 5 tangkai
Bawang Putih 3 ulas
Minyak Masak 2 sudu besar
Daun Kari 2 - 3 tangkai

Instructions

1

Potong dan bersihkan peria katak, cincang halus bawang putih dan potong cili kering kepada dua atau tiga bahagian.

2

Panaskan minyak, tumis bawang putih. Kemudian, masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sehingga daun kari garing dan naik bau.

3

Masukkan peria, renjiskan dengan sedikit air untuk melembutkan teksturnya. Biarkan selama beberapa minit sehingga peria lembut.

4

Angkat dan sedia untuk dihidang.