Back to Recipe Print

Recipe for "Tom Yam Ayam Thai"


Tips

Kuah tak berapa nak merah sebab guna tomato yang kurang nak masak..Kena pandai seimbangkan rasa masam manis tom yam.

saya tumis bawang putih sebab nak ambil bau, dalam resepi tak tumis, sayur - sayur pun tak letak

Ingredients

Ayam 600gm
Daging 400gm
Udang Dan Sotong 200gm
Bawang Putih 7 ulas diketuk
Bawang Besar 2 biji
Tomato 5 biji ( 3 biiji dibelah 4 dan 2 biji diblend bersama lada besar masak )
Cili Padi Diketuk 10 biji
Lada Besar Merah Masak Diblen bersama tomato
Serai Diketuk 4 batang
Daun Limau Purut Dibuang urat tengah
Limau Nipis Diambil Jusnya 2 biji
Sayur Bunga Kobis, Kobis Jepun , Daun Ketumbar Secukupnya
Garam Dan Gula Secukupnya
Sos Ikan Secukupnya
Lengkuas 1 inci diketuk

Instructions

1

Rebuskan daging sehingga empuk. Masukkan ayam dan rebus seketika. Tambahkan sedikit air.

2

Masukkan bahan yag telah dikisar tadi iaitu tomato dan lada besar masak.

3

Masukkan sekali serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan cili padi diketuk

4

Tambah bahan perasa, sos ikan dan makanan laut tadi beserta sayur sayuran Akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus limau nipis.

5

Tutup api dan taburkan dengan daun bawang dan daun sup. boleh dihidangkan.