Back to Recipe Print

Recipe for "Satay Daging Berserai"


Tips

Kepalkan daging kisar dan cucukkan batang serai di tengahnya dengan kemas supaya tidak terburai semasa menggoreng.

Ingredients

Daging Kisar 500 gm
Kiub Pati Daging 1 kiub
Jintan Manis 1 sudu besar
Jintan Putih 1 sudu besar
Halia 1 hiris
Bawang Besar 1 biji
Minyak Masak Secukupnya
Serai 10 batang
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Kisarkan bawang besar, halia, jintan manis, jintan putih dan kiub pati daging sehingga hancur.

2

Gaulkan daging kisar dengan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga sebati.

3

Masukkan sedikit garam dan gaul lagi sehingga sebati.

4

Kepalkan daging kisar dan cucukkan batang serai di tengahnya satu persatu.

5

Panaskan minyak dan gorengkan hingga garing.

6

Hidangkan dengan sos cili atau kuah satay.