Back to Recipe Print

Recipe for "Pai Ayam"


Tips

Untuk memudahkan kerja better buat inti dulu sebelum buat kulit pai. Untuk permukaan pai boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing. Bentuk pai pon boleh diubah. Seperti saya, saya juga membuat bentuk seperti karipap sebab malas nak menunggu.hehe.. Oh ye..inti tu makan dengan garlic bread ataupun roti biasa pon best jugak..Selamat mencuba :)

Ingredients

Kulit / Crust
Marjerin 200g
Kuning Telur 2 biji
Tepung Gandum 450g
1/2 Sudu Teh Garam
6 Sudu Teh Air sejuk
Inti
Isi Ayam(Dipotong Dadu Dan Goreng) 300g
Susu Segar 500ml
Lada Hitam 2 sudu teh
Bawang Besar 100g
Tepung Gandum, 2 sudu makan

Instructions

1

Untuk mmbuat kulit pai,pukul marjerin dengan kuning telur sehingga kembang.

2

Masukkan tepung dan garam. Uli doh sehingga lembut.

3

Masukkan air sekiranya perlu. (Saya memang tambah). Bungkus dan rehatkan selama 30 minit.

4

Kemudian canai dan letakkan ke dalam acuan.Bakar sehingga kekuningan. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu. Ketepikan

5

Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang( saya masukkan batang calery terus bersama bawang). Tumis sehingga wangi.

6

Masukkan cendawan dan tepung. Gaul rata.

7

Masukkan susu segar dan garam secukup rasa. Perlahan api dan kacau sehingga pekat.

8

Masukkan isi ayam yang telah digoreng, daun salam(sekiranya ada) dan lada hitam serta gaul sehingga rata.

9

Masukkan inti kedalam pastri yang telah dibakar dan tutup permukaan dengan satu lagi lapisan pastri.

10

Sapukan telur dan bakar pada 180'C sehingga masak dan kekuningan