Inti | |
Mentega Bergaram(Dilembutkan) | 100 gram |
Gula Perang | 35 gram |
Esen Vanilla | 1/4 sudu teh |
Topping | |
Mentega (Dilembutkan) | 100 gram |
Gula Aising( Diayak) | 80 gram |
Dipukul Sedikit | 2 biji telur |
Serbuk Nescafe/kopi Dicampurkan Dengan 2 Sudu Besar Air | 3 sudu makan |
Secubit Serbuk Kayu Manis | Campurkan ke larutan nescaffe |
Doh Manis | |
Tepung Roti | 500 gram |
Mentega (Dilembutkan) | 60 gram |
Tepung Susu | 20 gram |
Gula Kaster | 75 gram |
Garam | 1 sudu teh |
Teh Yis Segera | 1 1/2 sudu |
Telur | 1 biji |
Air Atau Susu Segar (Kalau Sudah Menggunakan Susu Tepung Jangan Guna Susu Tapi Gunakan Air) | 270 gram (270 ml) |
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk.
Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Pukul mentega & gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti di tangan dan tutup dengan kemas untuk mengelakkan inti keluar semasa dibakar.
Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain.
Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.