Back to Recipe Print

Recipe for "Maggi Ketam"


Tips

Untuk lebih sedap boleh dimasukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih pekat dan berlemak.

Ingredients

Maggi Kari(Boleh Ja Nak Guna Instant Noodle Jenama Lain) 1 paket
Ketam( Mengikut Kemahuan Masing Masing ) 2 ekor saiz kecil/ 1 ekor saiz besar
Lobak Merah Terpulang citarasa masing-masing
Kubis Terpulang citarasa masing-masing
Sayur Sawi Terpulang citarasa masing-masing
Taugeh 1 paket
Bawang Putih (Dicencang Halus) 2 biji
Bawang Merah (Dicencang Halus) Sebiji
Cili Padi( Dihiris Halus) 3 biji( bergantung kepada kepedasan yang anda mahukan)
Telur Sebiji
Segala Jenis Bebola Yang Anda Suka( Bebola Ketam,bebola Ayam Or Anything Else Terpulang citarasa masing-masing
Udang (Optional) 3 ekor
Sotong Saiz Serdahana (Optional) 2 ekor
Ayam/daging Terpulang citarasa masing-masing
Bawang Goreng Secukupnya

Instructions

1

Rebus ketam dan kemudian asingkan ketam dan air rebusan ketam selepas ketam masak. *Jangan buang air rebusan itu.

2

Tumis bawang merah,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan ayam/daging dan tumis sehingga separuh masak.

3

Masukkan air rebusan ketam( masukkan air rebusan sama banyak macam masak maggi biasa)

4

Masukkan perencah Maggi dan kacau sekata

5

Apabila mendidih, masukkan maggi, sayuran(kecuali taugeh), ketam yang direbus,udang,sotong dan bebola yang ada..

6

Apabila maggi kelihatan separuh masak, masukkan telur dan biarkan sehingga telur masak. Siap dihidangkan bersama taugeh dan bawang goreng.