Back to Recipe Print

Recipe for "Daging Masak Lemak"


Tips

1. Rebus daging terlebih dahulu supaya tidak terlalu liat

2. semasa menggulai, gunakan semula air rebusan daging supaya rasa daging tu lagi kuat

3. hiris daging jangan terlalu nipis. Nanti gulai tak boleh resap dalam daging

Ingredients

Daging 200gm
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Kunyit Hidup 1/2 inci
Serai Dipotong Bulat 2 batang
Santan Pekat 200 ml
Air 2 cawan
Cili Padi 10-15 biji
Asam Keping 1 keping
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Seketul daging direbus. Agak sedikit empuk, tutup api, tos daging dan ketepikan.

2

Daging kemudian dihiris sedikit tebal

3

Bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili padi dikisar sekali.

4

Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi.

5

Masukkan daging dihiris dan gaul sehingga sebati

6

Masukkan pula santan pekat dan 1 cawan air (gunakan air rebusan daging tadi). Masukkan asam keping

7

Besarkan api sedikit sehingga mendidih.

8

Perlahankan semula api dan masukkan garam dan perasakan

9

Secukup rasa. Dah okay, tutup api kemudian hidang