Back to Recipe Print

Recipe for "Coconut Shake"


Tips

Jangan banyak sangat susu nanti hilang pula rasa air kelapa tu, agak-agak selera kita sahaja

Ingredients

Air Kelapa Muda (Ambil Sekali Isinya Yang Muda Dan Lembut) 1 gelas
Kiub Ais 1 gelas
Aiskrim Vanilla 2 scop
Susu Pekat Manis 2 sudu besar
Hiasan
Nata De Coco Secukupnya
Aiskrim Vanilla Untuk 1 Gelas 1 scop segelas
Biskut Oreo Secukupnya

Instructions

1

Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih

2

Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)

3

Masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa,

4

Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus

5

Sementara itu, dalam gelas masukkan nata de coco. Tuangkan air kelapa yang telah di kisar tadi.

6

Letakkan 1 scop aiskrim dan letakkan lagi nata. Taburkan biskut oreo. Sedia dinikmati