Back to Recipe Print

Recipe for "Wholemeal Tortilla Wrap Chicken Mayonis"


Tips

Bungkuskan dengan kertas pembungkus atau aluminium foil untuk senang dimakan

Ingredients

Wholemeal Tortilla Wrap 4 keping
Bawang Besar Hiris 1 biji
Tomato Hiris 1 biji
Daun Salad 8 helai
Dada Ayam 3 ketul
Mayonis Secukupnya
Kiub Ayam 1/2 kiub
Serbuk Lada Hitam Secukupnya
Sos Cili Secukupnya

Instructions

1

Rebus dada ayam dalam air sehingga masak. Masukkan sedikit stok ayam dan garam secukup rasa.

2

Setelah ayam masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong dada ayam kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.

3

Gaulkan isi ayam tadi bersama mayonis sehingga rata.

4

Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit.

5

Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan di dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.

6

Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama.

7

Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya.

8

Kemudian tuang sos cili ke atas inti tortilla. Taburkan sedikit serbuk lada hitam

9

Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah. Kalau tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah.