Back to Recipe Print

Recipe for "Tomyam Ayam Siam Bersantan"


Tips

Jika tidak sukakan santan boleh gantikan dengan susu cair

Ingredients

Ayam (Dipotong Kecil) Setengah ekor
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih Ketuk 3 ulas
Cili Merah Yang Dikisar 1 sudu besar
Cili Merah (Ditumbuk Kasar) 1 sudu besar
Pes Tom Yam (Dalam Botol ) 2 sudu besar
Limau Nipis (Diambil Jusnya) 2-3 biji
Air 3-4 cawan
Garam Dan Perasa Sedikit
Sayur-Sayuran (Bunga Kobis, Tomato, Carrot Etc) Secukupnya
Minyak Sedikit
Santan 5 sudu besar

Instructions

1

Panaskan minyak dlm periuk. Selepas minyak sudah panas, tumiskan bawang putih hingga wangi dan perang.

2

Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar agar keluar 'jus' ayam

3

Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan bawang besar

4

Masukkan cili , pes tom yam, garam dan perasa

5

Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap

6

Akhir sekali, masukkan jus limau,dan santan. kacau sekejap dan matikan api. Siap untuk dihidang.