Back to Recipe Print

Recipe for "Cranberry Scones"


Tips

Juga boleh guna kiwi kering, strawberri kering dan aprikot kering.

Ingredients

Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Susu Segar 220ml
Serbuk Penaik 1 sudu kecil
Butter 85gm
Gula Halus 3 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Cranberry Kering 1 cawan
Garam 1 sudu kecil
Telur Kuning 1 biji

Instructions

1

Panaskan oven 200' kemudian masukkan tepung, serbuk penaik dan butter dalam satu mangkuk yang agak besar, gaulkannya.

2

Kemudian masukkan pula gula dan teruskan menggaulnya.

3

Kemudian, panaskan susu segar lebih kurang 30 saat- 1 minit (hanya panaskan sahaja) menggunakan periuk atau jug

4

Masukkan esen vanilla dan kacau.

5

Selepas itu masukkan susu tadi ke dalam adunan tepung dan masukkan cranberry sekali bersama garam.

6

Gunakan hujung pisau atau garfu untuk menggaulkan semuanya sekali.

7

Jangan gunakan tangan sehingga adunan sudah sebati dan menjadi doh, barulah digaul kembali menggunakan tangan

8

Leperkan adunan dan toraknya lebih kurang 1-2 cm dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 160'