Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Manis Tradisional Nenek"


Tips

Kalau mahu manis atau kurang manis,pandai2 la tolak tambah gula tu ya

Ingredients

Bahan Untuk Tanak Pulut
Beras Pulut 3 cwn
Air 3 cwn
Bahan Utk Pulut Manis
Daun Pandan Simpulkan 3 helai
Santan 1 kotak
Air 1 kotak santan
Manisan 4 keping size kecil besar penumbuk
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam Secubit

Instructions

Cara tanak pulut

1

Mula2 kita tanak pulut dulu. Cuci bersih beras pulut. Rendam bersama air 30 minit.

2

Tanak pulut + air di atas api yg perlahan. Kacau2 sikit ya takut nanti hangit pula bahagian bawah tu.

3

Apabila dah mendidih. Tutup api. Buang lebihan air dalam periuk. Tanak balik atas api yg perlahan. Biar sehingga masak. Ketepikan.

4

Settle. masa untuk buat pulut manis pula!

Cara masak pulut manis

1

Masukkan semua bahan2 untuk buat pulut manis ke dalam kuali.

2

Kacau2 sehingga manisan dan gula hancur. Biar sehingga berbuih pekat macam ni.

3

Pastu masukkanlah pulut yg telah siap ditanak tadi. Kacau sehingga sebati. Barulah boleh tahan lama. Berhari2

4

Letih sakit pinggang duk mengacau bagi betul2 kering tapi berbaloi2..sedap woii