Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil Tuna"


Tips

1. Jika mahu pedas, boleh tambah sedikit cili api atau lada hitam.

2. Tambah jus lemon jika ingin lebih masam.

Ingredients

Tuna Dalam Tin 1 tin
Ubi Kentang 3 - 4 biji bersaiz sederhana
Bawang Besar 1 biji
Cili Hijau 3 tangkai
Telur Gred A 1 biji
Perahan Jus Lemon 2 - 3 sudu besar
Serbuk Lada Hitam 1 sudu teh
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng

Instructions

1

Bersihkan kentang. Rebus atau goreng hingga empuk. Angkat dan ketepikan.

2

Tuskan air tuna dalam tin. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar bersama dengan kentang yang telah direbus/digoreng. Lenyek hingga hancur.

3

Masukkan bawang besar (dipotong dadu), cili hijau (dihiris nipis) dan serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam dan perahan jus lemon.

4

Kepal dan bulat-bulatkan ikut saiz yang dikehendaki. Padat-padatkan isi bergedel supaya tidak mudah pecah apabila digoreng.

5

Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Kacau sedikit hingga kembang. Panaskan minyak. Celup bergedel ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.