Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Daisy"


Tips

Untuk topping lebih baik guna butter dari planta/minyak sapi sebab rasa lagi sedap.

Ingredients

Bahan-Bahan
Butter 130g
Gula Castor 40g
Tepung Gandum 120g
Tepung Jagung 120g
Bahan Topping
Butter 80g
Gula Castor 30g
Tepung Gandum 30g
Tepung Jagung 30g
Pewarna Purple / pink

Instructions

Cara membuat biskut

1

Satukan butter dan gula, dengan menggunakan stad mixer, pukul butter dan gula hingga kembang.

2

Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kemudian gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.

3

Kemudian canaikan dan terap doh mengunakan acuan bunga. buat doh sehingga habis.

4

Bakar sehingga warna kekuningan lebih kurang 30 min dengan suhu 180C. selepas masak sejukkan sementara.

Cara membuat topping

1

Pukul butter dan gula hingga kembang.

2

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

3

Bahagikan kepada dua warna, purple dan pink. kemudian piping diatas biskut tadi dan bakar selama 15min dengan suhu yang sama. siap!