Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Semperit Susu"


Tips

Boleh asingkan adunan doh ke pelbagai warna disukai untuk menceriakan kuih

Ingredients

Tepung Gandum 200gm
Tepung Jagung 250gm
Susu Tepung 50gm
Mentega 250gm
Gula Aising 250gm
Telur 2 biji
Cip Coklat Cip coklat

Instructions

1

Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.

2

Kemudian masukkan telur dan dipukul sebati.

3

Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga menjadi doh yang lembut.

4

Setelah itu masukkan doh ke dalam beg paiping dan paip menjadi bentuk bunga di atas dulang pembakar yang telah digris.

5

Letakkan cip coklat di tengah-tengah doh tadi.

6

Akhir sekali, bakar sehingga masak. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara.