Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Kosong "


Tips

Ada orang suka kalau masa tumis tu masukkan bunga lawang dengan bunga cengkih sebab boleh bagi rasa dan naikkan aroma. Lagi satu, kalau last-last sekali letak sekali dengan hirisan daun limau purut lagi sedap. Selamat mencuba.

Ingredients

Cili Kering Segenggam
Bawang Merah 4 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci
Asam Jawa 1 sudu kecil
Perahan Lemon 2 sudu besar

Instructions

1

Buang biji semua cili kering dan rebus sehingga mendidih. Toskan air cili kering dan blendkan bersama bawang merah dan bawang putih (yang telah dipotong dan dibersihkan) bersama air secukupnya sehingga tidak terlalu halus. Halia cuma ketuk-ketuk sahaja.

2

Panaskan kuali tanpa minyak dan tuang semua yang dah diblendkan tadi sekali dengan halia. Kacau sampai hampir kering dan baru masukkan minyak secukupnya untuk tumis.

3

Bila dah naik minyak, masukkan asam jawa dan perahan lemon. Kacau2, masukkan pulak gula dan garam secukupnya.

4

Kalau terlalu pedas, disarankan tambah sos tomato sikit.

5

Siap dan sedia untuk dihidangkan.