Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Sambal Cili Api"


Tips

Jika tidak mahu sambal yang terlalu pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.

Ingredients

Ayam 350 gram atau ikut keperluan
Cili Api 1 genggam
Cili Hijau 5 tangkai
Bawang Besar 1 biji
Cuka Putih 2 - 3 sudu besar
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Untuk menggoreng

Instructions

1

Goreng ayam terlebih dahulu hingga masak. Ketepikan. Kisar cili api dan cili hijau. Potong dadu bawang besar.

2

Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.

3

Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka. Perasakan dengan garam.

4

Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.