Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Coklat Moist Kukus"


Tips

Gunakan serbuk koko van hauten kotak putih :D

Ingredients

Gula Perang 1 cawan
Susu Segar Coklat 1 cawan
Serbuk Koko 3/4 cawan
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Tepung Gandum 1 1/4 cawan
Soda Bikarbonat 1 sudu teh
Baking Powder 1 sudu teh
Telur 4 biji
Minyak/butter 1 cawan
Topping
Serbuk Coklat/koko 1 cawan
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Susu Segar Coklat 1 cawan
Minyak/butter 1 sudu besar

Instructions

1

Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder

2

Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan butter/minyak (sy prefer butter) ke dalam perik dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.

3

Pukul telur hingga kembang dan masukkan kedalam bancuhan koko,

4

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati.

5

Tuang kedalam loyang yang telah di lengser dengan minyak atau dilapiskan dengan kertas minyak.

6

Tutup loyang dengan aluminium foil dan tebuk2 kan lubang kecil dan dikukus selama 1 jam didalam kukusan yang telah dipanaskan.

7

Angkat dan sejukkan.

Simple Topping

1

Panaskan periuk dengan api yang kecik bersama butter/minyak dan tuangkan susu segar, susu pekat dan serbuk coklat/koko, bagi yang ingin topping nyer manis sila tambahkan susu pekat menjadi 1 cawan.

2

Kacau dengan api pelahan sehingga coklat cair. dan tutup api.

3

Biarkan seketika dan baru dicurahkan ke atas kek.