Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Coklat Kukus Mudah Dan Sedap"


Tips

Pastikan kek sejuk dahulu sebelum tuang topping dia tauuu

Ingredients

Serbuk Koko -Bahan A 1 cawan
Gula Pasir - Bahan A 1 cawan
Susu Pekat Manis - Bahan A Setengah cawan
Minyak Masak/minyak Jagung - Bahan A 1 cawan
Bahan B
Telur 3 Biji
Bahan C
Tepunggandum 1 1/4 cawan
Soda Bikarbonat Secubit
Serbuk Penaik Scubit

Instructions

1

Sediakan periuk kukus dengan api yang kecil. Masukkan loyang yang telah disapu majerin ke dalam periuk pengukus (ini tips supaya kek tidak melekat di loyang)

2

Sediakan kuali yang bersih dan kering. Hidupkan api. Masukkan bahan A. Hidupkan Api sederhana sahaja. Kacau bahan sehingga ia larut dan bercampur.Buat dengan kadar segera dengan satu pusingan sahaja.. Maksudnya, kalau pusing ikut arah jam.. maka ikut lah arah jam. jangan lawan jam pulak.. nanti kek keras la sayang :)

3

Matikan api setelah bahan larut, jangan buat sehingga terlalu likat. Anggaran masa membuat ianya sebati ialah selama 30 saat. Turunkan suhu adunan tersebut sebentar.

4

Sementara itu, Ayak bahan C

5

Masukkan Telur ke dalam Bahan A tadi.

6

Masukkan pula Bahan C dan gaul sehingga sebati (jangan hidupkan api ya sayang :)

7

Setelah bahan semua sebati, bolehlah dituangkan ke dalam bekas yang dimasukkan ke dalam periuk pengukus tadi.Isi hanya separuh ke dalam loyang tersebut.. Sebab kek akan naik.

8

Tutup guna Aluminium Foil. Saya balut loyang dengan plastik je.. pun boleh :)

9

Kukus selama 40 minit. TANPA MEMBUKA periuk kukusan tersebut ya.

Opss.. Toping dia..

1

3 sudu fresh cream
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
3 sudu marjerin
Guna teknik Double Boiler untuk membuat topping ya :) ( senang je.. didihkan periuk yg agak besar dengan air panas, kemudian letak bekas plastik atas dia tanpa sebarang lapik, masukkan bahan-bahan tersebut. Kacau hingga pekat dan sebati) Topping hanya di letakkan selepas kek sejuk ya :) Taburlah Nips ke M&M ke.. ikut kreativiti :)