Back to Recipe Print

Recipe for "Makaroni Bakar Sardin"


Tips

1. makaroni perlu direbus ala dente jangan overcook nanti terlembik

2. Kalau nak elakkan makaroni berminyak, kurangkan minyak masa menumis. Biasanya kita tak nampak masa gaul dengan makaroni tapi akan nampak ketara masa nak potong nanti.

3. Sekiranya nak rasa pedas, masukkan lada burung atau lada besar dihiris

Ingredients

Makaroni Direbus Aldente Sehingga Lembut 2 1/2 cawan
Italian Herbs (Optional ) 1 sudu teh
Ikan Sardin ( Tin Kecil Ayam Brand 155 Gm Dibuang Tulang ) 1 tin kecil
Telur 3 biji
Slice Cheese (Optional ) Secukupnya
Bawang Besar Sederhana Didadu 1 labu
Bawang Putih Dicincang Halus 3 ulas
Daun Sup Dipotong Halus Secukupnya
Garam Dan Gula Secukupnya
Serbuk Kari Daging 1 1/2 sudu besar
Air Secukupnya Sekadar Nak Basuhkan Sisa Baki Dalam Tin Secukupnya
Minyak Untuk Menumis Secukupnya

Instructions

1

Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukkan bawang besar, tumis sampai naik bau dan masukkan italian herbs.kacau rata.

2

Kemudian masukkan serbuk kari daging dan kacau hingga naik bau

3

Masukkan ikan sardin sekali dengan sosnya, kacau sebati dan masukkan air. Masukkan gula sikit

4

Kacau sampai ikan sardin hancur dan akhir sekali masukkan daun sup.tutup api.

5

Masukkan macaroni dan kacau sehingga disalut rata, perasakan dengan garam dan kacau lagi sehingga semua sebati

6

Pecahkan telur satu persatu ke dalam makaroni dan gaul rata. Sediakan loyang segi empat 8" x 8" inci alaskan dengan kertas foil.

7

Tuangkan makaroni ke dalam loyang untuk lapisan pertama dan letakkan slice cheese dan tutup dengan lapisan kedua

8

Bakar dalam 40 minit atau sehingga masak. Suhu oven masing - masing