Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap Tiga Rasa"


Tips

1. Boleh gunakan buah nanas untuk menggantikan tomato untuk rasa masam-masam manis

2. Masukkan carrot selepas beberapa minit baru masukkan timun dan bawang untuk memelihara kerangupan timun dan bawang

Ingredients

Ikan
Ikan Siakap 1 ekor
Serbuk Kunyit 2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Kuah Tiga Rasa
Cili Giling 3 sudu besar
Sos Cili 2 sudu besar
Sos Tomato 1 sudu besar
Timun 1/4 timun
Tomato 1 biji
Carrot Separuh
Bawang Besar 1 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Garam Secukup rasa
Air Setengah cawan

Instructions

1

Bersihkan ikan siakap dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas sehingga agak garing. Toskan.

2

Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan cili giling. Tumis sehingga cili masak.

3

Masukkan sos cili dan sos tomato. Tambahkan setengah cawan air supaya kuah tidak terlalu pekat. Tunggu sehingga kuah mendidih.

4

Masukkan carrot, timun dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih.

5

Taburkan kuah tiga rasa ke atas ikan siakap. Sedia untuk dihidang.